Enjoy reading trashes !

November 13, 2009

The Word Nevermore. V1P2.

Okey. Apakah tanda-tanda akhir ketibaannya?(Dajjal laknatullah.) Sejak dulu lagi. Asas pemujaan telahpun dibina. Lihat gambar-gambar di bawah.

 
Tower of Babel - Babylon (Iraq kuno.)


Tower of Babel [Added 161109]


Tower of Babel [Added 161109]
 
 
Babylon (Iraq kuno.)

 

Mesir kuno.

 
Mesir kuno.


  
Tamadun Maya di Peru.

 

Tamadun Maya di Peru. 

Dan hari ini..




 
Luxor di Las Vagas.

 

Luxor di Las Vegas.


Sunway Pyramid, Kuala Lumpur.(Ada nampak piramid kat entrance tu?)
Sunway Pyramid, Kuala Lumpur.


 Sunway Pyramid, Kuala Lumpur.


Sunway Lagoon, Kuala Lumpur.


Sunway Lagoon, Kuala Lumpur.

  
Paris.


 
Suria KLCC, Kuala Lumpur.(All Seeing Eye.)

 
Dubai.

 
Burj of Dubai yang kini sedang dibina. [Added 161109]

 
Burj of Dubai. [Added 161109]
 
 
Hard Rock Cafe. (belakang bangunan Hard Rock Cafe tu di sambung dengan piramid.) Mengapa?


Tu baru intro. Lagipun sesetengah orang tak faham habuk apa pun menatang apa yang diceritakan ne. Ok. Ne baru nak start.

**********
As-Salamu al-3alaikoom. 
Bismi-Allah ar-Rahman ar-Raheem.


Diam 1.

Iblis berkata, "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memmutuskan bahwa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pastu aku akan menyesatkan mereka semuanya." 
-Al-Quran : Surah al-Hijr : 40.

Dan perperangan telah bermula sejak itu. Dan berapa ramaikah orang yang mendapat hidayah? Dan berapa ramaikah orang yang menghambakan diri kepada rancangan jahat Syaitan? Mari sama-sama kita baca kan tuduhan orang Yahudi terhadap Nabi Sulaiman a.s. : 

"Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahwa Sulaiman itu mengerjakan SIHIR), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir). Mereka mengerjakan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil iaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorangpun sebelum mengatakan: "Sesungguhnya kami hanya cubaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir". Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya. Dan mereka mempelajari sesuatu yang memberi mudharat  kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi, sesungguhnya mereka telah meyakini bahwa barangsiapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan diakhirat, dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mengetahui."
-Al-Quran : Surah al-Baqarah : 102.
  
Diam 2.
Dua puluh tahun setelah Jurusalem (Baitul Maqdis) ditawan tentera Salib, sekumpulan pahlawan telah merampas The Dome of the Rock dan dikenali sebagai 'The Knights of the Temple of Solomon'. (Pahlawan Kuil Sulaiman) Mereka menyimpang jauh dari ajaran Kristian, sebaliknya mengamalkan Kabbalah.(Sihir kuno Yahudi) Ajaran yang penuh dengan sihir dan pemujaan syaitan. Yahudi belajar sihir-sihir itu dari Mesir Kuno semasa dijadikan hamba abdi oleh Firaun dan dimajukan semasa di Babylon (Iraq), bawah pemerintahan Nebuchanedzer. Tahun 1307, Raja Francis Phillips telah menangkap mereka diatas tuduhan menidakkan Ketuhanan Isa, sodomi, dan menyembah berhala dan mengamalkan sihir.

Penangkapan orang-orang Yahudi tu bukan bermakna sudah berakhir. Ada juga orang Yahudi yang terselamat yang melarikan diri ke Scotland, Switzeland, dan Ireland. 

Sebenarnya, mereka telah melakukannya berabad-abad lama. Dibelakang tabir, mereka telah mejadi dalang setiap peperangan besar, revolusi dan kecelakaan ekonomi. Mereka mengusai apa saja yang anda baca, dengar dan lihat. Mereka telah mendoktrinasi penghuni dunia dengan cara pemikiran mereka. Mereka telah berjaya menyusup kedalam bidang kuasa strategik, dan dari belakang tabir mereka telah mencipta order politik baru, order ekonomi baru, dan paling menjijikkan lagi, Order Agama Baru!

Ini cerita lebih lanjut. Atau pun kata orang tua-tua, "Lebih detail." ;O

Pada zaman pertengahan, terdapat sebuah pertubuhan rahsia yang menjadi dalang disebalik peristiwa yang berkalu di dunia, digelar 'Knight Templar'.

Atas seruan ketenteraan (crusader orders), penduduk di Eropah yang beragama Kristian diseru oleh Ketua Agama pada ketika itu supaya bersama-sama berjuang. Mereka dijanjikan pahala dan syurga oleh Ketua Agama mereka. Namun untuk melahirkan kesetiaan di hati setiap ahlinya, para pengikut Knight Templar perlu menjalani ritual pembersihan diri.

Ritual-ritual yang wajib disertai pengikut Knight Templar telah mengakibatkan mereka semakin jauh dari pegangan Kristianiti kerana ritual tersebut bukanlah ritual suci, tetapi telah dicampur dengan unsur pemujaan kepada iblis. Maka berpuluh-ribu penduduk Eropah telah menyertai Knight Templar yang telah  dianggap sebagai jalan untuk menyucikan diri kepada Tuhan.

Mereka menentang sesiapa sahaja yang tidak beragama Kristian yang dianggap kafir di serata dunia sehingga ke Kota Suci, Jurusalem. Arahan seterusnya agar membina empayar di Kota tersebut bagi mengukuhkan ketenteraan dan ekonomi serantau. Tanpa disedari, mereka sebenarnya telah dipergunakan oleh Ketua Agama mereka sendiri. Tanpa disedari, agenda tersembunyi telah dirangka oleh Ketua Agama mereka, dan tanpa mereka sedari, mereka telah pun terpesong dari agama asal mereka.

Knight Templar telah berjaya menguasai ekonomi dunia dan politik antarabangsa. Mereka telah menguasai wilayah-wilayah serantau hasil penaklukan dan perjajahan. Umum tidak mengetahui bahawasanya Knight Templar adalah pengasas sistem perbankan yang digunapakai sehingga ke hari ini. Segala bentuk simpanan seperti emas dan harta berharga dikenakan caj sebanyak 30% dan akan direkodkan dan diberi salinannya pada penyimpan. Sistem ini direka supaya harta yang disimpan dijamin keselamatannya serta memudahkan urusan pengeluaran di negara lain.

Hasil caj yang dikenakan digunakan untuk membina lodge dan gereja khas Knight Templar. Manakala lebihan caj tersebut dikembangkan semula dengan ideologi sistem yang baru iaitu, skim pinjaman. Sistem tersebut telah digunapakai di setiap wilayah jajahannya sehingga pada zaman penaklukan semula Kota Suci Jurusalem oleh tentera Islam pimpinan Salah ad-Din Yusuf.

Namun, sistem tersebut terus digunapakai di serata nagara Eropah kerana kerajaan beraja Eropah pada ketika itu telah berhutang dengan Knight Templar sehinggakan istana yang diduduki oleh golongan diraja terpaksa dicagarkan kepada Knight Templar. King Henry III telah meminjan sejumlah wang dari Knight Templar pada tahun berikutnya. Namun, raja itu dikenakan syarat iaitu memimpin angkatan tentera untuk menyerang tentera Islam Salah ad-Din dan seterusnya menakluk kembali Kota Suci Jurusalem.

Mereka kembali menguasai ekonomi dengan sistem perbankan ciptaan mereka. Walaupun begitu, ia tidak desenangi oleh Ketua Agama di France. Reputasi King Philips IV, raja France, juga tergugat desebabkan telah banyak berhutang dengan bank Knight Templar. Lalu beliau telah berpakat dengan Ketua Agama tersebut untuk menggulingkan Knight Templar dengan bantuan Knight Hospitaller.

Seramai 139 tentera Knight Templar pimpinan Grand Master terakhir, Jacques de Molay, telah dihadapkan ke mahkamah di Paris kerana telah memesongkan Kristianiti. Para tentera telah dibunuh manakala Grand Master telah dipenjarakan. Sad. 

Selepas bertahun lamanya dipenjara, de Molay akhirnya mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman bakar dikhalayak ramai. Tulang belulangnya disimpan oleh orang yang tidak diketahui dan dipercayai telah digunakan untuk penubuhan sebuah pertubuhan rahsia. Manakala saki-baki Knight Templar diseluruh France telah diburu dan dibunuh.

Namun terdapat serpihan yang dipercayai melarikan diri ke Scotland, Swirzeland, dan Ireland. Mereka hidup dalam buruan namun masih mendapat perlindungan raja-raja di negara terbabit. Mereka tidak lagi bergerak atas nama Knight Templar atas dasar keselamatan. Serpihan Knight Templar di Scotland bersumpahn menuntut bela dan berjaya memujuk raja Scotland untuk menubuhkan gerakan yang dinamakan, Freemason.

Agenda yang sama diperjuangkan Freemason seperti Knight Templar, namun mereka kali ini tampak lebih berpengaruh dan genius. Dianggarkan lebih 2 juta Freemason di US buat masa kini. Dan kesemua adalah golongan bijak pandai dunia seta mempunyai kekayaan yang tiada tandingannya. Dan kali ini bukak berlandaskan seruan yang lama iaitu, Crusaders Order.


Diam 3.
Bukti-bukti menunjukkan mereka sedang membina asas-asas untuk mendominasi dunia dan menyambut ketibaan Dajjal laknatullah ada di sekeliling kita. Even di Malaysia sekali pun. Apakah maksud semua ne? Adoi. Aku baru terjumpa pasal Freemason dan Illuminati di Malaysia. Memang banyak. Padahal dah lama. Okey. Nanti aku buktikan apa yang Ketua Agama Kristian gunakan pengikut-pengikut agama Kristian pada zaman ini. Stay tuned.

"Haaayy~ Hampa ne ingat Tuhan tak?"
-Chik Me Ganu.

**********
Fakta : Ahli sejarah Yahudi Theodore Reinach menggambarkan Kabbalah sebagai "satu racun tersembunyi yang memasuki pembuluh darah agama Yahudi dan mengerumuninya". Solomon Reich mendefinikasikan Kabbalah sebagai "salah satu penyelewengan paling teruk dalam pemikiran manusia".
-Gerakan Freemason Sedunia : Harun Yahya : 28.



 "Please wake up people. One voice can make a difference. A million can change the world."


[Post Edited 161109]
-SegiSega.

8 comments:

warfeel-efairy said...

Nice effort! Keep It Up Bro! Gambar first tu ialah Tower Of babel, dan sekarang ni da ada usaha nak bina balik tower of babel tu. Tgk balik Burj of Dubai. Ada persamaan kan. Wallahualam.

SegiSega aka SegaSegi :) said...

Thx support.
Tower of Babel? Ok.

AriffahC9 said...

ana tak sangka.. kt KL ada bangunan piramid n patung fir'aun..trang-tang-tang cam2..

Fatimah Azahra said...

uish..
isu serius..
moga amik iktibar mengenainya ya dik..

muslimism93 said...

salam

mana anta taw yg Babylon tuh ??
1st time saye tgk,terkejut gak lah,hehe

SegiSega aka SegaSegi :) said...

Kebanyakan gambar dan tulisan pd post ne di petik dari vid The Arrivals. Dan daripada video2 lain. Google imge search.

miss GAZA said...

ambek mana maklumat ni semua?
best.

SegiSega aka SegaSegi :) said...

Video. Blog2 lain.